Sekadar perkongsian..
Rahsia kejayaan Musa bin Nusair ( general islam yang tak pernah kalah)
"Sebelum memulakan pertempuran, aku bersunyi sunyi dengan Allah, aku adukan kelemahanku, dihadapannya dan aku yakin Dia akan membantuku. Inilah kelebihan orang mukmin, semakin sulit masalahnya, semakin mustajab doanya. Memang dalam perjuangan ada kesulitan,tapi dalam kesulitan sentiasa ada ketenangan. Sebaliknya, orang yang tidak berjuang ,kurang kesulitan malah tidak pernah merasai ketenangan..Letihlah di dunia kerana itu sifat petani Akhirat. ALLAH... jagalah hati kami untuk IKHLAS - salam jihad fisabilillah...
asikin omar's lifestyle's
Tuesday, 4 March 2014
Thursday, 2 January 2014
TERIMA KASIH AYAH
Waktu begitu cepat berlalu
Seiring langkah dalam cerita
Terbayang wajahmu dalam hatiku
Kau adalah kisah yang terindah
Tajamnya matamu tenangkan hati
Luka hidupmu kau bawa sembunyi
Hangatnya sentuhmu yang penuh cinta
Kau adalah bintang dalam hatiku
Dalam lelahmu masih kau tersenyum
Dalam duka kau belai aku
Dalam sempitmu ajarkanku tegar
Allah s'lalu bersamamu
Oh Allah slalu bersamamu
Ayah .. ayah terima kasih
Kau beri aku cinta
Ayah.. ayah terima kasih
Ajarkan aku hidup
Waktu begitu cepat berlalu
Seiring langkah dalam cerita
Terbayang wajahmu dalam hatiku
Kau adalah kisah yang terindah
Dalam lelahmu masih kau tersenyum
Dalam duka kau belai aku
Dalam sempitmu ajarkanku tegar
Allah selalu bersamamu
Oh Allah selalu bersamamu
Oh Allah selalu bersamamu
Ayah.. ayah terima kasih
Kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
Ajarkan aku hidup
I like this song.. It reminder me about my father :) Appreciate our father, loves him like he loves us :)

Monday, 30 December 2013
Indahnya Islam :)
Kalau kita terjaga ditengah tengah malam, itu sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda berterima kasih, kerana mengejutkan kita, paling malas pun mintalah apa apa doa walaupun sedikit(meskipun kita masih berada di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucap apa apa, (contoh istigfar,bertahmid,dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malm ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita. Subhanallah, Maha Suci Allah.
Renung renugkan dan selamat beramal.. Sekadar Perkongsian :)

Wednesday, 25 December 2013
Kenangan itu indah..
Assalamualaikum.. yahh, kenangan.. Kenangan banyak memberi kita seribu satu memori.. memori di mana kita tak mungkin dapat lupakan.. Isnin, 23.12.2013 , kami mencipta 1 kenangan.. kawan2 1 kelas pegi ke Miri.. Sangat bez.. macam2 ragam.. pegi ke taman buaya yang paling tak bole blaa.. haha.. semua excited tgok buaya.. buaya dah la besa2.. teruja sekejapp.. nak tgok sangat kan buaya sarawak macam mana.. haha.. then , pegi ke rumah pritty, nak hanta dia kat rumah kakak dia, sampai sesat2.. bpe banyak kali berpusing2.. haihh.. saba jela.. haha,, nak g pantai pulak lepas tuu, buat jalan , macam jalan sendiri.. gila2 semuanya.. haha.. tapi Alhamdulillah kami selamat.. tiada kecederaan atau yang seumpama dengannya.. haha,. terasa nyaman dan tenang bila dekat pantai.. sungguh indah ciptaan Allah.. hmm.. tak lama tu ktorang g masjid untuk tunaikan solat magrib then lepas solat terus bertolak balik ke Bintulu.. haha.. sebenanya ak tak tau nak cite macam mana.. haha.. berterabur ayat.. haha,, dah laa.. nak cakap tu jee.. main point yang sebena nya nak cakap ktorang g jalan2 kat Miri,, haha,, kbaiiii........
Saturday, 21 December 2013
SEJUJURNYA AKU RINDU..
Ya, aku rindu.. Rindu yang teramat sangat.. Jika waktu boleh berputar kembali, aku nak habiskan semua waktu dengan mereka dan juga dengan dia.. Tatkala hati berasa sedih, mereka adalah penguatnya.. Penguat semangat aku untuk aku terus melangkah,, melangkah menuju ke arah redha Allah.. Seandainya mereka ada di sini, dan dia ada di sini.. Aku tak jadi sedih macam ni.. Lemah macam ni.. Tapi , Alhamdulillah, sokongan dan dorongan dari jauh sudah cukup menenangkan aku.. Sudah cukup untuk memujuk hati aku.. Kadang kala hati rasa meronta ronta , kenapa aku di uji sebegini.. Aku lemah untuk hadapi sorang2.. Tak berdaya untuk terus melangkah.. Allah Maha Mengetahui.. Dia tahu aku kuat untuk menghadapi semua ni.. Aku perlukan orang2 yang aku sayang di sisi aku.. Menemani aku dikala aku sunyi.. Kadang kala terasa diri ini sunyi.. sunyi tiada apa.. kosong.. gelap.. tapi, bila fikir2 balik, aku masih ada keluarga,, mak ,ayah, abang, kakak, dan ada insan yang sayangkan aku.. Aku bersyukur mereka wujud dalam kehidupan aku.. Mereka insan yang banyak membantu aku.. SEJUJURNYA AKU RINDU...
ALLAH MENGETAHUI SEGALA GALANYA..
Khasiat Buah Pisang
Pisang adalah di antara buah-buahan yang di sebut didalam al-Quran Al-karim, sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
” Dan golongan kanan,
alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka bersenang-lenang di
antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir.” (Surah Al-Waaqi’ah: Ayat 27-31)
Pandangan mejoriti ulama dari kalangan Sahabat dan Tabi’in menyebut bahawa, yang dimaksud dengan الطلح adalah pisang.
Dan ini adalah yang disebutkan oleh para ahli Tafsir seperti
ath-Thabari, ar-Razi, al-Qurtubi, Ibnu Katsir dan asy-Syaukani
rahimahumullah. – (الطلح المنضود: الموز oleh Kamal al-Muil, diterjemah oleh Abu Yusuf Sujono)
Ayat diatas menerangkan tentang keistimewaan buah pisang yang ternyata salah satu buah khas syurga. Begitu istimewanya buah pisang sehingga disejajarkan dengan buah-buahan syurga
yang lain, iaitu kurma, delima, dan anggur. Sangat mengagumkan apa yang
terkandung di dalam Al-Quran, Al-Quran telah menjelaskan kepada kita
lebih jauh sebelum penelitian tentang khasiat buah pisang dilakukan ketika ini.
Keistimewaan buah pisang yang ada di syurga tersebut belum tentu sama dengan buah-buahan yang ada di dunia, malah lebih baik lagi dari buah-buahan di dunia ini. Namun keterangan Al-Quran tentang buah-buahan khas yang ada di syurga tersebut mengingatkan kita kepada janji Allah Ta’ala tentang syurga yang kekal abadi dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya. – (Heri Herdiansyah, The Miracle: Mengungkap Rahasia)
Khasiat Buah Pisang
Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar, lebar dan memanjang dari suku Musaceae.
Beberapa jenisnya menghasilkan buah dalam bentuk keadaan yang tersusun
dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun menjari, yang disebut
sisir.
Hampir semua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang, walaupun ada beberapa jenisnya yang berwarna jingga, merah, hijau, unggu dan hamper hitam. Buah pisang adalah sumber tenaga (Karbohidrat) dan mineral terutamanya kalium.
Kajian makmal menunjukkan pisang
mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Ketika
pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan
gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan
20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi
berusia enam bulan dan ke atas. Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan
walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah
semula jadi.
Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. bagi wanita yang hamil digalakkan untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian lain mendapati masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
Antara Khasiat Dan Manfaat Buah Pisang Untuk Kesihatan
1. Mencegah penyakit anemia
iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan
pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

2. Khasit buah pisang yang luar biasa iaitu sebagai pencegah sakit jantung dan stroke
kerana kandungan kalium atau potasium dalamnya, jika dalam sehari
seseorang mengambil sekurangnyal 3 biji pisang, maka sudah cukup untuk
mencegah risiko sakit jantung dan stroke.
3. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
4. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
5. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
6. Seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
7. Menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.
8. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
9. Pisang juga mengandung Fosfor dalam jumlah yang cukup, dan inilah yang membuatkan pisang bermanfaat dalam perkembangan otak dan kemampuan akal, seperti kecerdasan, berpikir dan menghafal.
10. Pisang juga bermanfaat dalam perlindungan dan pencegahan gigi daripada kerosakan. Dan juga pisang bermanfaat untuk radang mulut dan gusi, kerana ia mengandungi fluoride, yaitu suatu zat penyeteril.
11. Buah Pisang berguna untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah timbulnya penyakit mata dan penglihatan, kerana ia mengandung vitamin A dalam jumlah yang cukup.
12. Kesihatan saluran pencernaan. Kandungan serat yang dimiliki pisang dapat membantu mengatur sistem pencernaan tubuh serta mempertahankan gerakan usus tetap teratur. Kandungan pectin pada buah pisang mampu mencegah sembelit.
13. Khasiat buah pisang dapat mencegah terjadinya batu karanag. Pisang mengandung vitamin B 6 dan Potasium, kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang.
14. Khasiat buah pisang menurunkan tekanan darah tinggi.
Pisang dapat meneutralkan tekanan darah tinggi, kadar kalium yang cukup
tinggi dari buah pisang dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi.
15. Buah pisang sumber tenaga.
Ketika memakan buah pisang kita akan lebih cepat kenyang, hal ini
kerana buah pisang kaya dengan kandungan karbohidrat serat, karbohidrat
inilah yang dapat menambah tenaga bagi tubuh badan kita.
16. Gizi tinggi untuk ibu hamil. Wanita yang sedang hamil dianjurkan untuk memakan pisang, buah pisang mengandungi asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin. Pisang akan membantu pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadinya cacat saat kelahiran bayi tersebut.
17. Membuat perasaan baik dan tenang.
Percaya atau tidak pisang memiliki pengaruh dalam meningkatkan mood
anda. Kandungan neurotransmitter pada buah ini dapat membantu anda
merasa tenang dan menstabilkan suasana hati (mood) secara alami.
Waalahualam.. Amalkan lah cara pemakanan yang sihat,, sekadar perkongsian.. :)
Sekadar Perkongsian.. Untuk masa depan :) Assalamualaikum
1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
So, buat kaum adam sekalian, berlumba-lumbalah untuk mendapat tempat dihati kaun hawa, sebagai lelaki idaman yang bukan sekadar pada pandangan mata nafsu semata-mata, tetapi pada mata hati dan iman yang lebih merangkumi keseluruhan diri kita sebagai pemimpin dalam 'masjid' yang bakal kita bina bersama zaujah kita nanti. Soleh kita, maka solehahlah zaujah kita nanti sekiranya kita pandai membimbing mereka kelak.
Buat kaum hawa, buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya mengikut kata iman bukan kata hati dan nafsu semata-mata sebelum memilih pasangan hidup anda kelak. Jika silap pilihan anda, musnahlah rumah tangga yang anda impikan selama ini. Mungkin anda bahagia, tapi adakah kebahagiaan anda itu disertai oleh keberkatan dari Allah swt?
Suami
soleh? Isteri solehah? Semestinya ini menjadi impian setiap insan
bukan? Tapi, berapa ramaikah diantara kita yang betul2 mendapat apa yang
diinginkan? Dan berapa ramaikah antara kita yang menyesal dengan
pilihan mereka? Suami soleh yang diharapkan, tapi alih-alih suami yang
perangai melebihi mat saleh yang kita dapat..Nauzubillah..
Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu
yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup
yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan
menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
4.
Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit
juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja
begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya
isteri tiada kemampuan.
5.
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka
buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan
menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak
mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa
menyangka buruk.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
So, buat kaum adam sekalian, berlumba-lumbalah untuk mendapat tempat dihati kaun hawa, sebagai lelaki idaman yang bukan sekadar pada pandangan mata nafsu semata-mata, tetapi pada mata hati dan iman yang lebih merangkumi keseluruhan diri kita sebagai pemimpin dalam 'masjid' yang bakal kita bina bersama zaujah kita nanti. Soleh kita, maka solehahlah zaujah kita nanti sekiranya kita pandai membimbing mereka kelak.
Buat kaum hawa, buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya mengikut kata iman bukan kata hati dan nafsu semata-mata sebelum memilih pasangan hidup anda kelak. Jika silap pilihan anda, musnahlah rumah tangga yang anda impikan selama ini. Mungkin anda bahagia, tapi adakah kebahagiaan anda itu disertai oleh keberkatan dari Allah swt?
Subscribe to:
Posts (Atom)