AsikinOmar's Story

Monday, 30 December 2013

Indahnya Islam :)

 Kalau kita terjaga ditengah tengah malam, itu sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun  beribadah kepada Allah. Sebagai tanda berterima kasih, kerana mengejutkan kita, paling malas pun mintalah apa apa doa  walaupun sedikit(meskipun kita masih berada di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus  sambung tidur tanpa ucap apa apa, (contoh istigfar,bertahmid,dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malm ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Renung renugkan dan selamat beramal.. Sekadar Perkongsian :)


Wednesday, 25 December 2013

Kenangan itu indah..

Assalamualaikum.. yahh, kenangan.. Kenangan banyak memberi kita seribu satu memori.. memori di mana kita tak mungkin dapat lupakan.. Isnin, 23.12.2013 , kami mencipta 1 kenangan.. kawan2 1 kelas pegi ke Miri.. Sangat bez.. macam2 ragam.. pegi ke taman buaya yang paling tak bole blaa.. haha.. semua excited tgok buaya.. buaya dah la besa2.. teruja sekejapp.. nak tgok sangat kan buaya sarawak macam mana.. haha.. then , pegi ke rumah pritty, nak hanta dia kat rumah kakak dia, sampai sesat2.. bpe banyak kali berpusing2.. haihh.. saba jela.. haha,, nak g pantai pulak lepas tuu, buat jalan , macam jalan sendiri.. gila2 semuanya.. haha.. tapi Alhamdulillah kami selamat.. tiada kecederaan atau yang seumpama dengannya.. haha,. terasa nyaman dan tenang bila dekat pantai.. sungguh indah ciptaan Allah.. hmm.. tak lama tu ktorang g masjid untuk tunaikan solat magrib then lepas solat terus bertolak balik ke Bintulu.. haha.. sebenanya ak tak tau nak cite macam mana.. haha.. berterabur ayat.. haha,, dah laa.. nak cakap tu jee.. main point yang sebena nya nak cakap ktorang g jalan2 kat Miri,, haha,, kbaiiii........

Saturday, 21 December 2013

SEJUJURNYA AKU RINDU..

Ya, aku rindu.. Rindu yang teramat sangat.. Jika waktu boleh berputar kembali, aku nak habiskan semua waktu dengan mereka dan juga dengan dia.. Tatkala hati berasa sedih, mereka adalah penguatnya.. Penguat semangat aku untuk aku terus melangkah,, melangkah menuju ke arah redha Allah.. Seandainya mereka ada di sini, dan dia ada di sini.. Aku tak jadi sedih macam ni.. Lemah macam ni.. Tapi , Alhamdulillah, sokongan dan dorongan dari jauh sudah cukup menenangkan aku.. Sudah cukup untuk memujuk hati aku.. Kadang kala hati rasa meronta ronta , kenapa aku di uji sebegini.. Aku lemah untuk hadapi sorang2.. Tak berdaya untuk terus melangkah.. Allah Maha Mengetahui.. Dia tahu aku kuat untuk menghadapi semua ni.. Aku perlukan orang2 yang aku sayang di sisi aku.. Menemani aku dikala aku sunyi.. Kadang kala terasa diri ini sunyi.. sunyi tiada apa.. kosong.. gelap.. tapi, bila fikir2 balik, aku masih ada keluarga,, mak ,ayah, abang, kakak, dan ada insan yang sayangkan aku.. Aku bersyukur mereka wujud dalam kehidupan aku.. Mereka insan yang banyak membantu aku.. SEJUJURNYA AKU RINDU...


ALLAH MENGETAHUI SEGALA GALANYA..


     Khasiat Buah Pisang

Pisang Di Dalam Al-Quran

Pisang adalah di antara buah-buahan yang di sebut didalam al-Quran Al-karim, sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
” Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir.”  (Surah Al-Waaqi’ah: Ayat 27-31)

Pandangan mejoriti ulama dari kalangan Sahabat dan Tabi’in menyebut bahawa, yang dimaksud dengan الطلح adalah pisang. Dan ini adalah yang disebutkan oleh para ahli Tafsir seperti ath-Thabari, ar-Razi, al-Qurtubi, Ibnu Katsir dan asy-Syaukani rahimahumullah. – (الطلح المنضود: الموز oleh Kamal al-Muil, diterjemah oleh Abu Yusuf Sujono)

Ayat diatas menerangkan tentang keistimewaan buah pisang yang ternyata salah satu buah khas syurga. Begitu istimewanya buah pisang sehingga disejajarkan dengan buah-buahan syurga yang lain, iaitu kurma, delima, dan anggur. Sangat mengagumkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, Al-Quran telah menjelaskan kepada kita lebih jauh sebelum penelitian tentang khasiat buah pisang dilakukan ketika ini.

Keistimewaan buah pisang yang ada di syurga tersebut belum tentu sama dengan buah-buahan yang ada di dunia, malah lebih baik lagi dari buah-buahan di dunia ini. Namun keterangan Al-Quran tentang buah-buahan khas yang ada di syurga tersebut mengingatkan kita kepada janji Allah Ta’ala tentang syurga yang kekal abadi dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya. – (Heri Herdiansyah, The Miracle: Mengungkap Rahasia)
Manfaat Buah Pisang 2
Khasiat Buah Pisang
Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar, lebar dan memanjang dari suku Musaceae. Beberapa jenisnya menghasilkan buah dalam bentuk keadaan yang tersusun dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun menjari, yang disebut sisir.
Hampir semua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang, walaupun ada beberapa jenisnya yang berwarna jingga, merah, hijau, unggu dan hamper hitam. Buah pisang adalah sumber tenaga (Karbohidrat) dan mineral terutamanya kalium.

Kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas. Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.

Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. bagi wanita yang hamil digalakkan untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian lain mendapati masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
Manfaat Buah Pisang 3
Antara Khasiat Dan Manfaat Buah Pisang Untuk Kesihatan
1. Mencegah penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
2. Khasit buah pisang yang luar biasa iaitu sebagai pencegah sakit jantung dan stroke kerana kandungan kalium atau potasium dalamnya, jika dalam sehari seseorang mengambil sekurangnyal 3 biji pisang, maka sudah cukup untuk mencegah risiko sakit jantung dan stroke.

3. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

4. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

5. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

6. Seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

7. Menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.

8. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

9. Pisang juga mengandung Fosfor dalam jumlah yang cukup, dan inilah yang membuatkan pisang bermanfaat dalam perkembangan otak dan kemampuan akal, seperti kecerdasan, berpikir dan menghafal.

10. Pisang juga bermanfaat dalam perlindungan dan pencegahan gigi daripada kerosakan. Dan juga pisang bermanfaat untuk radang mulut dan gusi, kerana ia mengandungi fluoride, yaitu suatu zat penyeteril.

11. Buah Pisang berguna untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah timbulnya penyakit mata dan penglihatan, kerana ia mengandung vitamin A dalam jumlah yang cukup.

12. Kesihatan saluran pencernaan. Kandungan serat yang dimiliki pisang dapat membantu mengatur sistem pencernaan tubuh serta mempertahankan gerakan usus tetap teratur. Kandungan pectin pada buah pisang mampu mencegah sembelit.

13. Khasiat buah pisang dapat mencegah terjadinya batu karanag. Pisang mengandung vitamin B 6 dan Potasium, kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang.

14. Khasiat buah pisang menurunkan tekanan darah tinggi. Pisang dapat meneutralkan tekanan darah tinggi, kadar kalium yang cukup tinggi dari buah pisang dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi.

15. Buah pisang sumber tenaga. Ketika memakan buah pisang kita akan lebih cepat kenyang, hal ini kerana buah pisang kaya dengan kandungan karbohidrat serat, karbohidrat inilah yang dapat menambah tenaga bagi tubuh badan kita.

16. Gizi tinggi untuk ibu hamil. Wanita yang sedang hamil dianjurkan untuk memakan pisang, buah pisang mengandungi asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin. Pisang akan membantu pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadinya cacat saat kelahiran bayi tersebut.

17. Membuat perasaan baik dan tenang. Percaya atau tidak pisang memiliki pengaruh dalam meningkatkan mood anda. Kandungan neurotransmitter pada buah ini dapat membantu anda merasa tenang dan menstabilkan suasana hati (mood) secara alami.

Waalahualam.. Amalkan lah cara pemakanan yang sihat,, sekadar perkongsian.. :)
Sekadar Perkongsian.. Untuk masa depan :) Assalamualaikum

Suami soleh? Isteri solehah? Semestinya ini menjadi impian setiap insan bukan? Tapi, berapa ramaikah diantara kita yang betul2 mendapat apa yang diinginkan? Dan berapa ramaikah antara kita yang menyesal dengan pilihan mereka? Suami soleh yang diharapkan, tapi alih-alih suami yang perangai melebihi mat saleh yang kita dapat..Nauzubillah..

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.


4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
So, buat kaum adam sekalian, berlumba-lumbalah untuk mendapat tempat dihati kaun hawa, sebagai lelaki idaman yang bukan sekadar pada pandangan mata nafsu semata-mata, tetapi pada mata hati dan iman yang lebih merangkumi keseluruhan diri kita sebagai pemimpin dalam 'masjid' yang bakal kita bina bersama zaujah kita nanti. Soleh kita, maka solehahlah zaujah kita nanti sekiranya kita pandai membimbing mereka kelak.

Buat kaum hawa, buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya mengikut kata iman bukan kata hati dan nafsu semata-mata sebelum memilih pasangan hidup anda kelak. Jika silap pilihan anda, musnahlah rumah tangga yang anda impikan selama ini. Mungkin anda bahagia, tapi adakah kebahagiaan anda itu disertai oleh keberkatan dari Allah swt?

Monday, 16 December 2013

Selamat Malam..

Apabila terbit nya matahari , ia memancarkan sinar di waktu pagi.. manusia mula sibuk melakukan  aktiviti dunia.. mencari rezeki bagi menampung keluarga.. ada yang menganggur tiada pekerjaan.. Sedang semua leka dengan permainan dunia, adakah tanggungjawab kepada Allah sudah ditunaikan ? kita hanya manusia yang di dunia ini hanyalah sebagai pelakon.. pelakon dunia.. Segala perintah Allah wajiblah ditunaikan, dan segala larangannya harus ditinggalkan.. Masa begitu cepat berlalu.. setelah terbitnya matahari , dalam sedar tak sedar cuaca mula berubah, tibanya waktu petang,, Dunia masih lagi dalam keadaan yang sibuk,, sibuk mencari kekayaan dunia.. Manusia2.. inilah manusia.. Setelah habisnya waktu petang , muncullah malam.. malam yang hanya diterangi dengan cahaya bulan dan bintang yang berkelipan.. Sungguh indah ciptaan Allah.. Subhanallah.. waktu ini manusia masih lagi sibuk dengan hal masing2.. kewajipan yag dituntut tidak pasti dilaksanakan dengan sempurna ataupun tidak.. Wallahualam.. setelah tengah malam ,barulah manusia berhenti melakukan kerja2 dunia.. Sebelum tidur, adakah kita sudah memohon ampun dengan Allah ? Ingatlah bahawasanya mati itu bila2 masa.. kita tidak pasti kita akan dapat lagi melihat dunia ini.. maka ,mohonlah keampunan dari Nya .. Selamat Malam.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Tuesday, 10 December 2013

kebaikan puasa sunat..

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi jika berpusa sunat.. Ini ada antara soalan soalan dan jawapan yang dapat memberi kita penjelasan tentang puasa..

1. Puasa Nazar Disekalikan Puasa Sunat
Soalan:
Bolehkah puasa nazar disekalikan dengan puasa sunat?

Jawapan:
Barangsiapa bernazar (berniat atau berjanji dengan Allah) ingin berpuasa sehari atau lebih untuk mensyukuri nikmat Allah SWT atau jika sembuh dari sakit, atau diperkenankan suatu maksudnya yang baik bukan maksiat maka wajib atasnya untuk mengerjakannya. Jadi puasa nazar adalah puasa wajib yang harus dikerjakan secara sendiri sesuai dengan yang dinazarkan maka tidak boleh disekalikan dengan niat-niat yang lain.  Mengenai nazar ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa bernazar akan mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya dan barangsiapa bernazar akan menderhakai Allah, maka janganlah ia menderhakainya". (HR. Abu Daud dari Aisyah)



2. Qada' Puasa dan Puasa Enam
Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?

Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.




3. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'
Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan saya ini?

Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.
Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.




4. Bernazar Puasa Isnin dan Khamis Hingga Akhir Hayat
Soalan:
Saya ada satu kemusykilan mengenai agama. Sewaktu saya di tingkatan 5, saya telah bernazar untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis hingga akhir hayat saya. Namun ada ketikanya saya tidak melakukan puasa tersebut, kerana hawa nafsu. Saya tahu hukum orang yang tidak melakukan nazarnya adalah haram. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Bagaimanakah saya harus mengatasi masalah ini ? Bagaimana caranya untuk saya kuatkan iman saya ini?

Jawapan:
Nazar dapat dikatakan sah jika dimaksudkan untuk bertaqarub kepada Allah dan wajib dipenuhi. Nazar yang bermaksud maksiat kepada Allah dinyatakan tidak sah, seperti bernazar dengan kubur, dengan ahli maksiat, bernazar ingin minum khamar dan lain-lain. Jika seseorang bernazar puasa yang dapat dibenarkan syariat, tetapi dia tidak mempunyai kemampuan memenuhi nazarnya, lantaran halangan tertentu yang dapat diterima oleh syarak, dia wajib berbuka dan membayar kaffarah melanggar sumpah atau memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari.
Dalam hal perkara nazarnya perlulah seseorang itu membayar kaffarah nazarnya jika ia tidak mampu memenuhinya. Daripada Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kaffarah Nazar jika tidak disebutkan kadarnya menjadi kaffarah sumpah". (Riwayat Ibnu Majah, dan Tarmizi)
Mengenai kaffarah nazar ini sesuai dengan firman Allah surah Al Maidah ayat 89 maksudnya: "....maka kaffarahnya memberi makan sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur".



5. Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?

Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu.
Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".

Justeru itu sama sama lah kita menigkatkan pahala dan ketakwaan pada Allah.. Subhanallah..

Thursday, 5 December 2013

Sekadar Perkongsian..
Pesanan ayah , walau apa pun yang terjadi ingatlah Allah.. walau awak jatuh , bangkitlah semula.. jangan sesekali engkau mengalah.. Allah tidak akan menguji hambanya jikalau dia tidak mampu untuk di uji.. ingatlah , sesungguhnya Allah telah menciptakan yang terbaik untukmu.. Bersabarlah dengan segala ujian ,terimalah dengan hati yang terbuka.. jangan sesekali engkau lupa untuk berdoa agar diberikan kekuatan.. Kadang kala kita tertanya tanya mengapa kita dan mengapa kita,, Allah itu Maha Adil.. Bersabarlah.. kita ini hanya lakonan.. lakonan di dunia.. Allah.. sesungguhnya kuasanya begitu besar.,. Ayah selalu mengingatkan saya agar tidak lupa kepada Allah..Jangan tinggal solat, jangan lupa berdoa dan jangan melakukan perkara yang dilarang.. itulah pesanan ayah.. Betapa sayang nya seorang ayah kepada anakny,, betapa besarnya harapan ayah untuk melihat anaknya berjaya.. Segala apa yang dilakukan ayah adalah untuk kesenangan anaknya.. Begitulah pengorbanan seorang ayah.. Ayah terima kasih ,engkau berikan aku cinta.. Mengajar aku erti kedewasaan , mengajar aku erti kasih sayang ,mengajar aku erti berdikari dan mengajar aku erti kehidupan.. Allahuakbar..