AsikinOmar's Story

Tuesday, 10 December 2013

kebaikan puasa sunat..

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi jika berpusa sunat.. Ini ada antara soalan soalan dan jawapan yang dapat memberi kita penjelasan tentang puasa..

1. Puasa Nazar Disekalikan Puasa Sunat
Soalan:
Bolehkah puasa nazar disekalikan dengan puasa sunat?

Jawapan:
Barangsiapa bernazar (berniat atau berjanji dengan Allah) ingin berpuasa sehari atau lebih untuk mensyukuri nikmat Allah SWT atau jika sembuh dari sakit, atau diperkenankan suatu maksudnya yang baik bukan maksiat maka wajib atasnya untuk mengerjakannya. Jadi puasa nazar adalah puasa wajib yang harus dikerjakan secara sendiri sesuai dengan yang dinazarkan maka tidak boleh disekalikan dengan niat-niat yang lain.  Mengenai nazar ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa bernazar akan mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya dan barangsiapa bernazar akan menderhakai Allah, maka janganlah ia menderhakainya". (HR. Abu Daud dari Aisyah)



2. Qada' Puasa dan Puasa Enam
Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?

Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.




3. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'
Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan saya ini?

Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.
Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.




4. Bernazar Puasa Isnin dan Khamis Hingga Akhir Hayat
Soalan:
Saya ada satu kemusykilan mengenai agama. Sewaktu saya di tingkatan 5, saya telah bernazar untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis hingga akhir hayat saya. Namun ada ketikanya saya tidak melakukan puasa tersebut, kerana hawa nafsu. Saya tahu hukum orang yang tidak melakukan nazarnya adalah haram. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Bagaimanakah saya harus mengatasi masalah ini ? Bagaimana caranya untuk saya kuatkan iman saya ini?

Jawapan:
Nazar dapat dikatakan sah jika dimaksudkan untuk bertaqarub kepada Allah dan wajib dipenuhi. Nazar yang bermaksud maksiat kepada Allah dinyatakan tidak sah, seperti bernazar dengan kubur, dengan ahli maksiat, bernazar ingin minum khamar dan lain-lain. Jika seseorang bernazar puasa yang dapat dibenarkan syariat, tetapi dia tidak mempunyai kemampuan memenuhi nazarnya, lantaran halangan tertentu yang dapat diterima oleh syarak, dia wajib berbuka dan membayar kaffarah melanggar sumpah atau memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari.
Dalam hal perkara nazarnya perlulah seseorang itu membayar kaffarah nazarnya jika ia tidak mampu memenuhinya. Daripada Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kaffarah Nazar jika tidak disebutkan kadarnya menjadi kaffarah sumpah". (Riwayat Ibnu Majah, dan Tarmizi)
Mengenai kaffarah nazar ini sesuai dengan firman Allah surah Al Maidah ayat 89 maksudnya: "....maka kaffarahnya memberi makan sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur".



5. Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?

Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu.
Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".

Justeru itu sama sama lah kita menigkatkan pahala dan ketakwaan pada Allah.. Subhanallah..

No comments:

Post a Comment